Tuesday, December 27, 2011

Coretan 2011



Assalamualaikum w.b.t..


Hi guys...Lama rasanya sudah tidak dikemaskini blog ni.. Sibuk...?? Tak la sibuk sangat.. Maybe sebab aku belum tergolong dalam kelompok blogger lagi apatah lagi blogger tegar.. Hehehe.. So, entry kali ni sebagai rumusan or penutup kepada apa yang terjadi pada aku dan hidup aku selama 2011 ini.. Ye la, 2011 dah nak sampai ke penutupnya pun kan.. Lepas ni nak menyambut ketibaan 2012 pulak.. Banyak yg terjadi pada aku selama 2011 ni.. Yang pahit..Yang manis.. Itu lah kenangan.. Tercatat dalam lembaran hidup aku.. Andai dijadikan novel kisah hidupku ni, agak2 laku tak.. Ada tak pembikin filem nak angkat jadi filem.. Hehehe.. Kalau ade, aku yang akan tentukan pelakonnya.. Hahaha... Sudah la tu merepek wahai Danil Azhar..


Jom singkap kembali..


Awal 2011...


Aku telah ditugaskan untuk memberi khidmat di salah satu syarikat yang menjadi client syarikat aku bekerja.. Lain tidak bukan, PadiBeras Nasional Bhd (Bernas)... Buat ape kat sana..? Jadi programmer upahan.. Hahaha.. (Ni bahasa manisnya la, bahasa lainnya.. Abaikan..) Aku ditugaskan di sana sebulan tahun 2011 lagi iaitu kira2 bulan November 2010.. Pada 2hb Januari 2011, kereta aku yang belum sampai usia setahun telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta lain.. Sungguh sadis... Patah tayar belakang aku belah kanan.. Hahaha... Nasib baik ada insurans.. Hehe.. Seminggu kereta aku terlantar di pusat servis Perodua Segambut.. Takpe la, tak menjadi masalah sebab aku pun biasa naik motor je.. Hehe.. Pagi hari yang sama, buat pertama kali dalam hidup aku menyertai ekspedisi mendaki puncak Broga.. Dan kira2 pada pukul 5.00 aku sampai di puncak dan menawan puncak Broga itu bersama kawan2 club Myvians aku.. Hehehe... Pencapaian terbaik diri sendiri..


Pertengahan 2011..


Pada penghujung bulan Jun 2011 aku menamatkan tugas aku selama 6 bulan di Bernas.. Seronok kerja di sana.. Dan ini kali kedua aku berkhidmat untuk diorang.. Pengalaman yang takkan aku lupakan. Apa yang menarik di Bernas..?? Haaaa.... Ni nak citer ni... Hehehe...


Kat sini la aku bertemu jodoh.. Hehe.. Buah hati sekarang... Belum kahwin lagi, tapi boleh la dipanggil jodoh kan...(Suka hati,blog aku...hahaha...) Mula2 aku usha2 je dia ni, pastu add FB.. PAstu kami jumpa di luar buat pertama kali di Jusco Wangsa Maju yang mana lps ni menjadi lokasi rasmi kami dating.. Hahaha.. Aku belanja die Big Apple Donut time tu.. Hehe.. So, bermulalah perkenalan kami.. Dan pada tarikh keramat 26 Mei 2011, kami declare sebagai pasangan kekasih.. Hingga sekarang, dah 7 bulan.. Alhamdulillah.. Harap berkekalan hingga ke jinjang pelamin dn seterusnya bahagia selamanya.. Amin...


Pada bulan Ogos 2011 seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan.. Pada awal Ramadhan tu aku ditugaskan pulak ke Putrjaya untuk menyertai pasukan projek untuk Perbadanan Putrajaya (PPj). Seperti biasalah, programming.. So, aku berulang-alik la dari Gombak ke Putrajaya.. Kalau naik motor. sejam perjalanan.. Kalau naik kereta,2 jam perjalanan campur jammed.. Kadang2 aku naik motor,kadang2 aku naik kereta.. Tapi best kerja sana.. Aku mmg impikan bekerja dan menetap di Putrajaya... Setakat ni dapat rasa bekerja saja di sana.. Bulan Ramadhan kali ini amat bermakna bagi aku sbb pertama kalinya aku berpuasa dengan buah hati ku, Nurul Ainol Binti Zullkarnain.. Pertama kalinya aku berbuka puasa dengan buah hati aku... Juga pertama kali aku bawak buah hati aku berbuka puasa di hotel/resort yang dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja.. Pertama kali jugak aku shopping raya dengan buah hati..hehehe...


Lebih kurang bulan September 2011 umat Islam menyambut Aidilfitri. Aidilfitri tahun ini juga amat bermakna bagi aku kerana ini kali pertama aku beraya dgn buah hati aku... Walaupun dia balik kg beraya,tapi aku dapat beraya dengan die sesudah die pulang ke KL.. Pertama kali juga aku perkenalkan buah hati aku pada family aku ketika bulan Ramadhan tersebut di mana die berbuka bersama family aku.. Dan pertama kali juga dia datang beraya ke rumah aku.. Sungguh bermakna bagi aku.. Tahun ini juga tahun kedua keluarga kakak aku dari Indonesia datang beraya dengan aku.. Sungguh meriah raya aku dua tahun ini.. Tak pernah aku rasa beraya dengan keluarga dan kali selama dua tahun berturut aku dapat rasakannya.. Alhamdulillah.. Bila pula giliran aku beraya bersama keluarga di sana..?? hmmm...


Penghujung tahun 2011..


Tak banyak yang dapat diceritakan untuk penghujung tahun 2011 ni melainkan satu perkara.. Aku sudah keluar dari syarikat Mutiara i-Tech Sdn Bhd, selepas 4 tahun aku menabur bakti di sana.. Ya Allah, sangat berat untuk aku tinggalkan syarikat tu.. banyak kenangan pahit dan manis kt situ.. Situ la bermula segalanya.. Apa yg aku tau pasal programming semua dari sana.. Dari staff, hingga ke environment kerja adalah terbaik.. Company tu company baru dan sedang nak naik..So, segala kekurangan difahami dan boleh dimaafkan.. Aku pn tak sangka aku akan keluar juga dari situ..


O.k.. Syarikat baru.. Nama, GeoInfo Services Sdn Bhd.. Antara syarikat GIS terbaik di Malaysia.. Syarikat bumiputera.. Staff seramai 50 org.. Aku memulakan tugas di sini pada 15 November 2011.. Dah sebulan dah.. Setakat ni alhamdulillah semua baik.. Environment baik.. Staff baik.. Gaji pn lebih baik skit.. hehehe.. Yang paling penting, hanya 20 minit je dari rumah aku.. Kalau laju skit 15 minit bleh sampai dah.. hehehe.. masuk pukul 8.45 and balik 5.13.. 5.45 dan boleh tido kt umah.. hahahaha..


Yang terbaru, semalam sempena cuti Krismas syarikat aku pun bercuti.. Aku pun bercuti jugak.. Semalam buat pertama kalinya jugak aku bawak buah hati aku pergi Bagan Lalang.. Lokasi paling jauh penah kami kencan (bahasa Indonesia..translate sendiri)...Hehehe.. Lepak tepi pantai.. We both have a great fun.. Ramai gak org bercuti kt sana..




So...Itulah serba sedikit coretan hidup aku untuk tahun 2011 ni.. Bagi korang yang baca mesti tak rasa menarik pn kan.. Ye la, dah citer pasal aku memang la tak menarik buat korang.. Ada aku kisah... Hahaha... Selamat datang 2012.. Semoga segala yang terbaikk sahaja untuk aku pada 2012 ini.. InsyaAllah..Amiin...

1 comment:

  1. sgt lame tak update blog. so nice...hope 2012 lebih baik dari 2011 ye. insyaallah...and aminnnn. =)

    ReplyDelete