Wednesday, December 28, 2011

Azam....

Waahh.. 2012 nak dekat laa... Lagi beberapa hari je lagi,lps tu tamat la tahun 2011.. Tutup buku 2011..Mulakan buku 2012..
Ade org cakap,jgn masuk toilet pada 23.59 30/12/2011.. Nanti korang akan keluar tahun depan.. Hahaha.. Tahun 2012 ni jugak ada
yang meramalkan dunia akan kiamat.. Amboi.. Nak mendahului Tuhan ke..?? Kalau Allah berkehendakkan kiamat,tak payah tunggu
2012 besok pn boleh.. Kun Fayakun.. Jadi Maka Jadilah kata Allah S.W.T...

Selalu menjelang ketibaan tahun baru org akan buat azam tahun baru.. Nak jadi org berguna la,nak tawan gunung everest laa,
nak cari jodoh laa dan tak ketinggalan nak namakan anak depa Azam.. hahaha.. Apa pulak azam korang...? Aku..?
Azam aku ialah untuk fikir azam ape plak aku nak buat tahun 2013.. Hahaha... Azam aku biarlah aku je yang tau.. Hehehe..

Ohh.. tahun depan mengundi ehh.. Aku dah daftar dah sebagai pengundi.. Anda sudah..?? Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat..
Jangan tau mintak and menuntut je.. Hak rakyat..Duit rakyat... Tanggungjawab rakyat macam ne pulak.. AKu akan mengundi pada PRU akan datang ni(tak sue plak bile)..
Bukan undi Maharaja Lawak ke or Idola Kecil...Bukan..bukan..bukan..(Ala2 Proff Izzi Hj Ali) Tapi mengundi untuk menentukan kerajaan
kita.. Bertukar kuasa kah.. Itu tanggungjawab kita..

Ehh.. Kalau aku berazam nak pi Langkawi tengok LIMA 2012 bleh ? Sebab LIMA 2011 baru ni sangat best dan aku tak pergi.. Tak pernah pergi pn..
Nak pasang impian untuk sampai ke sana untuk lihat sendiri depan mata asset ketenteraan negara kita.. Aku dah mula minat tentang
ketenteraan sekarang.. KD Tunku Abdul Rahman boleh menyelam lah...!! CUma ade kerosakan sikit that's why TIDAK DIBENARKAN menyelam..
Ade ke pi kaitkan pulak dengan rahsuah la, pembunuhan laa.. Politik..politik.. Aku sangat kagum dengan kebolehan pilot TUDM
kita buat stunt menggunakan SUkhoi SU-30MKM milik kita.. Sampai org luar ingat tu bukan pilot kita yg buat tapi pilot Russia..
Hello..Malaysia Boleh o.k...


KD Tunku Abdul Rahman
Sukhoi SU-30MKM


Pastu aku berazam nak hadir ke stadium sekurang-kurangnya sekali bagi menyokong sebarang perlawanan bola sepak skuad Harimau Malaya kita..
Tahun 2011 adalah tahun gemilang bola sepak kita.. Yang terbaru kita mempertahankan pingat emas SUkan SEA kita menewaskan musuh ketat,mush tradisi,
Indonesia.. Sangat bangga.. Bola sepak kita mula mendapat perhatian lebih2 lagi skuad nasional dan stadium kembali meriah dengan penonton..
Cuma aku je yang belum pernah ke stadium tengok bola sepanjang hidup aku.. Hehehe.. Kurang gemar katanya.. InsyaAllah 2012
ni aku cuba turun ke stadium sekurangnya sekali.. 



Go Tiger..!!


Haa.. Nak citer pasal game pulak.. Aku ni hantu game kalau korang nak tahu.. Baru ni aku install game terbaru dari franchise
Need For Speed, iaitu Need For Speed - The Run.. Kali ni konsep race lain skit,di mana kita akan race merentasi Amerika.
Kita akan bermain sebagai Jack iatu seorang pelumba haram yang diburu bukan sahaja polis tapi org2 yg tak puas hati dengan dia..
Kali ni NFS buat kelainan di mana kita boleh control Jack tu.. Selalu kita just race je kan,control kereta tapi kali ni
boleh control manusia jugak.. Ala2 game Grand Theft Auto. Best giler game ni.. Aku tak abis main lagi.. Definitely aku
recommand kt korang.. Try it.. Takde azam di situ ye... hahaha..


Hari tu aku mengikuti fenomena filem Ombak Rindu yang hangat diperkatakan dan box office kau... Aku pn pergi la bawak buah hati aku ni..
Citer tu bagi aku sama je mcm citer Melayu yg lain.. Aku tak paham apa yg sampai box-office sgt.. Dalam panggung org dah teresak2 dah nangis,termasuk la buah hati aku
walaupun dia cuba cover dengan senyuman manis dia.. Tapi aku plak bleh tahan gelak dan tergelak gak satu2 masa sebab bagi aku banyak babak kelakar dan
berpotensi dikembangkan sebagai naskhah komedi.. hahaha.. Mmg sah aku ni takde perasaan kot.. Hahaha.. Tapi o.k la citer tu.. Aku tak kutuk..
Sokong filem tempatan, jangan dok galak tengok filem luar je..


Ape lagi aku nak citer ni..Dah la.. Lain kali la pulak..
Bye...

Tuesday, December 27, 2011

Coretan 2011



Assalamualaikum w.b.t..


Hi guys...Lama rasanya sudah tidak dikemaskini blog ni.. Sibuk...?? Tak la sibuk sangat.. Maybe sebab aku belum tergolong dalam kelompok blogger lagi apatah lagi blogger tegar.. Hehehe.. So, entry kali ni sebagai rumusan or penutup kepada apa yang terjadi pada aku dan hidup aku selama 2011 ini.. Ye la, 2011 dah nak sampai ke penutupnya pun kan.. Lepas ni nak menyambut ketibaan 2012 pulak.. Banyak yg terjadi pada aku selama 2011 ni.. Yang pahit..Yang manis.. Itu lah kenangan.. Tercatat dalam lembaran hidup aku.. Andai dijadikan novel kisah hidupku ni, agak2 laku tak.. Ada tak pembikin filem nak angkat jadi filem.. Hehehe.. Kalau ade, aku yang akan tentukan pelakonnya.. Hahaha... Sudah la tu merepek wahai Danil Azhar..


Jom singkap kembali..


Awal 2011...


Aku telah ditugaskan untuk memberi khidmat di salah satu syarikat yang menjadi client syarikat aku bekerja.. Lain tidak bukan, PadiBeras Nasional Bhd (Bernas)... Buat ape kat sana..? Jadi programmer upahan.. Hahaha.. (Ni bahasa manisnya la, bahasa lainnya.. Abaikan..) Aku ditugaskan di sana sebulan tahun 2011 lagi iaitu kira2 bulan November 2010.. Pada 2hb Januari 2011, kereta aku yang belum sampai usia setahun telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta lain.. Sungguh sadis... Patah tayar belakang aku belah kanan.. Hahaha... Nasib baik ada insurans.. Hehe.. Seminggu kereta aku terlantar di pusat servis Perodua Segambut.. Takpe la, tak menjadi masalah sebab aku pun biasa naik motor je.. Hehe.. Pagi hari yang sama, buat pertama kali dalam hidup aku menyertai ekspedisi mendaki puncak Broga.. Dan kira2 pada pukul 5.00 aku sampai di puncak dan menawan puncak Broga itu bersama kawan2 club Myvians aku.. Hehehe... Pencapaian terbaik diri sendiri..


Pertengahan 2011..


Pada penghujung bulan Jun 2011 aku menamatkan tugas aku selama 6 bulan di Bernas.. Seronok kerja di sana.. Dan ini kali kedua aku berkhidmat untuk diorang.. Pengalaman yang takkan aku lupakan. Apa yang menarik di Bernas..?? Haaaa.... Ni nak citer ni... Hehehe...


Kat sini la aku bertemu jodoh.. Hehe.. Buah hati sekarang... Belum kahwin lagi, tapi boleh la dipanggil jodoh kan...(Suka hati,blog aku...hahaha...) Mula2 aku usha2 je dia ni, pastu add FB.. PAstu kami jumpa di luar buat pertama kali di Jusco Wangsa Maju yang mana lps ni menjadi lokasi rasmi kami dating.. Hahaha.. Aku belanja die Big Apple Donut time tu.. Hehe.. So, bermulalah perkenalan kami.. Dan pada tarikh keramat 26 Mei 2011, kami declare sebagai pasangan kekasih.. Hingga sekarang, dah 7 bulan.. Alhamdulillah.. Harap berkekalan hingga ke jinjang pelamin dn seterusnya bahagia selamanya.. Amin...


Pada bulan Ogos 2011 seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan.. Pada awal Ramadhan tu aku ditugaskan pulak ke Putrjaya untuk menyertai pasukan projek untuk Perbadanan Putrajaya (PPj). Seperti biasalah, programming.. So, aku berulang-alik la dari Gombak ke Putrajaya.. Kalau naik motor. sejam perjalanan.. Kalau naik kereta,2 jam perjalanan campur jammed.. Kadang2 aku naik motor,kadang2 aku naik kereta.. Tapi best kerja sana.. Aku mmg impikan bekerja dan menetap di Putrajaya... Setakat ni dapat rasa bekerja saja di sana.. Bulan Ramadhan kali ini amat bermakna bagi aku sbb pertama kalinya aku berpuasa dengan buah hati ku, Nurul Ainol Binti Zullkarnain.. Pertama kalinya aku berbuka puasa dengan buah hati aku... Juga pertama kali aku bawak buah hati aku berbuka puasa di hotel/resort yang dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja.. Pertama kali jugak aku shopping raya dengan buah hati..hehehe...


Lebih kurang bulan September 2011 umat Islam menyambut Aidilfitri. Aidilfitri tahun ini juga amat bermakna bagi aku kerana ini kali pertama aku beraya dgn buah hati aku... Walaupun dia balik kg beraya,tapi aku dapat beraya dengan die sesudah die pulang ke KL.. Pertama kali juga aku perkenalkan buah hati aku pada family aku ketika bulan Ramadhan tersebut di mana die berbuka bersama family aku.. Dan pertama kali juga dia datang beraya ke rumah aku.. Sungguh bermakna bagi aku.. Tahun ini juga tahun kedua keluarga kakak aku dari Indonesia datang beraya dengan aku.. Sungguh meriah raya aku dua tahun ini.. Tak pernah aku rasa beraya dengan keluarga dan kali selama dua tahun berturut aku dapat rasakannya.. Alhamdulillah.. Bila pula giliran aku beraya bersama keluarga di sana..?? hmmm...


Penghujung tahun 2011..


Tak banyak yang dapat diceritakan untuk penghujung tahun 2011 ni melainkan satu perkara.. Aku sudah keluar dari syarikat Mutiara i-Tech Sdn Bhd, selepas 4 tahun aku menabur bakti di sana.. Ya Allah, sangat berat untuk aku tinggalkan syarikat tu.. banyak kenangan pahit dan manis kt situ.. Situ la bermula segalanya.. Apa yg aku tau pasal programming semua dari sana.. Dari staff, hingga ke environment kerja adalah terbaik.. Company tu company baru dan sedang nak naik..So, segala kekurangan difahami dan boleh dimaafkan.. Aku pn tak sangka aku akan keluar juga dari situ..


O.k.. Syarikat baru.. Nama, GeoInfo Services Sdn Bhd.. Antara syarikat GIS terbaik di Malaysia.. Syarikat bumiputera.. Staff seramai 50 org.. Aku memulakan tugas di sini pada 15 November 2011.. Dah sebulan dah.. Setakat ni alhamdulillah semua baik.. Environment baik.. Staff baik.. Gaji pn lebih baik skit.. hehehe.. Yang paling penting, hanya 20 minit je dari rumah aku.. Kalau laju skit 15 minit bleh sampai dah.. hehehe.. masuk pukul 8.45 and balik 5.13.. 5.45 dan boleh tido kt umah.. hahahaha..


Yang terbaru, semalam sempena cuti Krismas syarikat aku pun bercuti.. Aku pun bercuti jugak.. Semalam buat pertama kalinya jugak aku bawak buah hati aku pergi Bagan Lalang.. Lokasi paling jauh penah kami kencan (bahasa Indonesia..translate sendiri)...Hehehe.. Lepak tepi pantai.. We both have a great fun.. Ramai gak org bercuti kt sana..




So...Itulah serba sedikit coretan hidup aku untuk tahun 2011 ni.. Bagi korang yang baca mesti tak rasa menarik pn kan.. Ye la, dah citer pasal aku memang la tak menarik buat korang.. Ada aku kisah... Hahaha... Selamat datang 2012.. Semoga segala yang terbaikk sahaja untuk aku pada 2012 ini.. InsyaAllah..Amiin...

Thursday, August 25, 2011

Shopping Raya + Berbuka



Salam all..


Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita..So,sudahkah anda memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan ni..
InsyaAllah..Hari ni aku nak citer pasal shopping raya.. Lelaki kurang sinonim dengan shopping raya ni...termasuk la aku..Aku shopping ni mmg setahun sekali...Dan selalunye menjelang hari raya..Hari lain,bulan lain aku x shopping pun..


So,yang menariknya tahun ni aku x lagi shopping sorang2 mcm tahun2 sudah..Sebelum port aku shopping,Times Square..Kasut,baju dan seluar sume aku beli situ..Sebab banyak kedai dan menawarkan macam2 fesyen utk dicuba..Kenapa aku shopping time nk raya je..? Sebab tunggu duit raya dari company aku..hahaha...Tahun ni pn dapat,walau x banyak tapi syukur..Berbalik pada shopping td,kali ni aku shopping bertemankan kekasih hati aku : Nurul Ainol.. Mmg dah lame aku plan nk shopping ngan die..So,hari itu pn tiba...Lepas zohor aku amik die kt umah dan kami berangkat ke The Mines..Tempat favorite aku jugak..Sampai di sana,cari parking dan terus memulakan kembara ke kedai2..Hehe..


Snap gambar buah hati dulu...
Aku beli 2 helai baju and sehelai seluar... Yang best tu kami beli baju yg sedondon..pink color...so sweet...hehehe...Mmg dh lame plan nk beli baju sedondon..Akhirnye tercapai juga..Buah hati aku pn x nk kalah shopping jugak..(Mmg dunia nk kiamat la kalau die x shopping..hahaha..)Die beli 2 helai t-shirt..sehelai yg sedondon ngan aku tu...Hehehe...Dalam sejam gk kami meronda-ronda dlm The Mines tu...Org ramai pn sibuk membeli-belah,mencuba pakaian,kasut...Lepas solat asar(solat jangan tinggal...) kami berangkat ke destinasi seterusnya...That Little Gerai...Hehehe..


Hehehe...Sikit je shopping...Berhemah...
Snap gambar sebelum memulakan kembara..ehehe..


Ni la baju kami yg sedondon itu..Cantik bukan... Hehehe..


Dalam pukul 6 lebih kami sampai di kedai That Little Gerai..Kami nak berbuka di sini..Dah lama plan nk berbuka bersama berdua..Tempat ini dipilih atas saranan kawan aku Dina Riana..Thank's dina..Berbaloi,puas hati makan di sini...Pasti kami akan menjengah lagi..Terletak di Au5 Keramat..Makanan sedap..Harga berpatutan..Western food..Aku cadangkan kalian pergi..Oleh kerana awal sampai di sana,kami pergi la menapak ke bazar ramadhan berdekatan bagi mengisi waktu.. Ade la beli cucur udang...(Aku makan cucur udang,tp jgn bg aku nmpk udang tersebut..hehe..) Sementara menunggu waktu berbuka,apa lagi..Snap gambar la..Buah hati aku ni gile camera,gile bergambar...Hehehe...

Azan berkumandang,kami pn selamat berbuka puasa dengan air bandung dan kurma sumbangan pihak restoran..aku minum air bandung je,buah hati aku makan kurma..Sementara menunggu hidangan utama tiba,bedal cucur udang dulu la...Tak lama makanan sampai..Sedap makanannya..Menu aku Chicken Chopwith Fries...Buah hati aku plak memilih,Chicken Chop with Mash Potatoes..Selesai makan kami berangkat pulang dan singgah di Carrefour dulu..(Huh! Carrefour yg memualkan..nasib baik la ayg aku ajak..) Buah hati aku beli shawl di situ..Selesai semua kami berangkat pulang..Aku hantar die sampai pintu..Ye la, dh malam kan..Hehehe..

Selesai sudah aktiviti kami yg lama kami rancang...First time aku shopping dengan buah hati dan first time jugak aku berbuka puasa berdua dgn buah hati...Harap akan berkekalan dan dapat buat lg tahun depan..InsyaAllah...Jom layan gmbr skit..

Ni menu aku,Chikcen Chop with Fries..
Snap gambar sblm makan...




Aku pnya ni...!!


That Little Gerai..


Buah hati aku..


On The way....
Lokasi bersejarah...Hehehe..


Reserved o.k...

Tuesday, August 16, 2011

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


Assalamualaikum...Sekadar berkongsi..

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku.."

Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

Sunday, August 14, 2011

Puasa,berbuka puasa....

Salam Ramadhan saudara2ku sekalian...
Apa khabar kalian..? Bagus..? Puasa macam mana..? Jangan ada yang tinggal pula ya...Dan jangan lupa,zakat fitrah...Jangan tangguh-tangguh,cepat bayar..

Hmm..Apa ye nak dicoret dalam bulan puasa ni..Hehehe...Takpe la..Kalian baca aja apa yang aku tulis ni ya...Kenapa aku kata menulis dan bukan menaip..? Kerana menulis tak semestinya dengan pena aja...Hehehehe...

Tahun ni aku berpuasa dengan kekasih hati aku...Chewaaahh...Hehehe...Puasa pertama kami berdua..Dalam bulan Ramadhan ni kami tak dating..Sekadar keluar ke bazar Ramadhan mencari juadah sahaja... Aku akan singgah ke rumahnya selepas waktu bekerja dan kami pergi ke bazar Ramadhan berdekatan samada dengan kereta atau dengan motor..Aku pergi kerja naik motor,so kalau mau pergi bazar naik kereta guna kereta dia..Hehehe..Kereta aku,Cik My banyak berehat di bulan Ramadhan ni..Kami ada rencana untuk berbuka puasa berdua,tapi belum jadi lagi..Tapi berbuka bersama sudah dua kali..Hehehe...Tak faham..? Macam ni...

Ada satu hari tu mama dan papa aku ke luar kota kerana ada urusan dari pagi sampai petang..Jadi,khabarnya tidak sempat untuk memasak lauk berbuka..Jadi petang lepas waktu kerja aku terus ambik adik aku di rumah dan bawa ke Jusco untuk berbuka di sana.Di food court Jusco aja.. Aku ajak buah hati aku join skali,ye la rumah die pun dekat aja dengan Jusco tu...Dia pun datang join..aku call mama aku dan dia cakap dia sempat sampai KL untuk berbuka dan terus ke Jusco join kitorang..Buah hatiku aku agak cuak mendengar khabar itu..(Ayg yg ckp kn...tp b nmpk gak..) Elok2 sebelum berbuka mama dan papa aku pn sampai..Dan kami pn berbuka la bersama..Dia order nasi ayam dan aku makan nasi goreng kegemaran aku..Die aku lihat senyap aja,tak banyak bicara...Segan katanya..Tapi tak apa lah..Pertama kali jumpa mama dan papa aku kan..Terlaksana jugak hajat aku nk jumpakan dia dengan orang tua aku..Hehehe.. Mama aku pun menunjukkan tanda2 dia suka dengan buah hati aku ni..Alhamdulillah..

Satu lagi peristiwa..waahh..peristiwa..Syarikat aku buat majlis berbuka puasa bersama client.Semua staff dijemput hadir bersama keluarga bg yang dh berkeluarga..Aku pula dengan selambanya ajak buah hati aku ni...Atas galakan dan sokongan cik admin pejabat aku.Dia datang putrajaya dari KL naik ERL...Die kluar awal dari office die..Pukul 3.30...hahaha..dalam 4.50 camtu dia sampai Putrajaya..Aku amik dia kt Putrajaya Central dan terus bergerak ke Bangi Golf Resort..(Selalu tersasul Bangi Beach Resort..) bebudak office aku semua excited nak tengok awek danil...hahaha..So, aku kenalkan la dengan diorang..Mula2 rasa segan gak,tapi lama2 hilang la segan tu..hehehe..So,itu la kali pertama aku bawak buah hati aku ke majlis syarikat aku..Dia pun happy,makan banyak...hahaha...


Sabtu ni plan nak keluar dengan dia untuk membeli-belah sikit..Sekalian berbuka sama-sama berdua..hehehe..InsyaAllah...

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa guy's...

Salam...

Hi guy's..Hari ni seluruh umat Islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan.Rukun Islam ke-3,berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.Bulan yang dinanti2 oleh seluruh umat Islam.Kalian puasa tak..? Jangan tinggal puasa o.k..Dan di malam harinya,kita tunaikan ibadat sunat Terawih..Sasaran tahun ini,tidak akan tinggal walau sehari pun..

Hari ini 1 Ogos 2011,Isnin - Aku memulakan tugas di tempat baru. Berpengkalan di Perbadanan Putrajaya.Menjalankan tugas yang diberikan.Waahh...Projek baru syarikat aku.Dikhabarkan aku di sini sehingga pertengahan tahun hadapan mengikut perancangan,InsyaAllah.Setakat hari ini aku belum mula apa2 lagi tugas,hanya membelek-belek dokumen dan contoh-contoh kod C#.C#,salah satu bahasa pengaturcaraan yang baru bagi aku.Banyak kena belajar..Belajar benda baru,seronok..Bertambah ilmu aku..Tempat kerja boleh ka nak dikatakan selesa.Ade dalam 12 orang dalam bilik ni..Tak la besar mana..Tapi bangunannya gah dan indah.. Suka permandangan disini..Persekitaran yang indah,segar dan moden.Cuma satu je masalah aku,jauh dari rumah..Dalam sejam perjalanan naik kereta ditambah dengan kesesakan lalulintasnya..Nama pun KL kan...

4 hari ini aku single,sebab kesayangan aku balik kampung...Hehehe...Jangan marah ye sayang... Dia pesan kat aku,jangan nakal-nakal..Tapi aku ni dah memang nakal,tapi bukan jahat ye...Hehehe.. Jangan risau ye sayang,boyfriend kamu ni setia lakunya...Hehehe...Balik la cepat,rindu ni...(Agak mengada-ngada di sini...) Besok die balik,tapi kami dah mungkin kurangkan aktiviti dating pada bulan Ramadhan ini..Menghormati bulan Ramadhan di samping aku nak habiskan masa lebih bersama keluarga.

O.k la..Setakat ini dulu..Lemau petang ni.Maklum lah pertama berpuasa.Selamat berpuasa semua,dan selamat berbuka..






Monday, June 27, 2011

Holla...!

Salam all...

Apa khabar kalian semua. Sentiasa sihat la hendaknya.. Kali ini aku nak menaip menggunakan bahasa Melayu yang betul tata tulis dan tata bahasanya.. Kalian semua sudah makan tengah hari ke belum.. Hehehe.. Korang boleh beza atau tak bahasa Melau asli ngan baku... Ada orang bilang bahasa baku tu lah bahasa Melayu asli.. Bagi aku bukan.. Bagi aku bahasa Melayu asli macam yang kita tengok dalam filem Puteri Gunung Ledang tu..Indah sekali tutur bahasanya.. Hehehe.. Bukan baku kan... Bukan hendak mengatakan pandainya diri cuma mengeluarkan buah fikiran.. Diri ini tidak pandai,belum habis lautan ilmu nak direnangi. Hehehe...

Jadi,apa cerita kita hari ini.. Sekadar mencoret..  Hehehe.. Sudah kembali ke ke pejabat di Serdang... Menjalankan rutin harian sebagai pengaturcara...Haaa... Programmer kata orang Barat.. Tugas pertama aku, membuat 'Use Case' untuk satu projek agensi kerajaan.Tidak lah aku nyatakan di sini ye... Hehehe.. Hmm.. Apa yang aku kerjakan tu benda baru.. Pertama kali aku buat.. Terima kasih kak ila sebab sudi mengajar.. Seminggu siap kerja aku... Alhamdulillah... Lepas dari itu, aku dapat panggilan pula dari atasan aku,Kak Yat.. Dia mengkhabarkan yang sistem pendaftaran salah satu syarikat yang pelanggan kami ada bermasalah.. Jadi aku disuruhnya untuk tengok-tengokkan.. Dah nama pun tugas,aku pun tengok-tengokkan semampu aku.. Tapi masalahnya tak besar mana pun.. Boleh diatasai..Alhamdulillah.. Lepas tu pulak aku diminta untuk hadir ke pejabat mereka untuk mengajar serba sedikit berkenaan sistem tersebut kepada semua pengguna sistem itu di sana yang mana semuanya baru untuk menggunakan sistem itu. Tapi tidak mengapa lah,aku tak berdepan masalah pun nak laksanakan. Selesai berkenaan itu. Lega.. Sekarang aku ditugasan pula membuat penambah baikkan untuk sistem yang ada dalam syarikat aku sendiri..Ya, sedang aku usahakan... Alhamdulillah belum berdepan sebarang masalah lagi setakat ni.. Asyik cerita pasal kerja saja,pasti kalian naik bosan..Tangan tak berhenti menutup mulup menguap..

Haa.. Nak baca kisah cinta...?? Hehehe.. Kisah cinta ke..? Boleh la kalau nak dikhabarkan begitu.. Sekarang aku kan sudah berteman..Jadi jalanku sekarang mesti la berteman. Jalan pn ke mana lah sangat sekadar meluangkan masa bersama.. Hehehe.. Hampir hari-hari kami jumpa.. Sekitar kawasan kediaman kami sahaja... Hehehe... Jadi lah asalkan jumpa..Hehehe... Baru-baru ni aku bawa dia ke tempat mula-mula kami keluar bersama sewaktu berkawan dulu.. Hehehe... Di mana...? The curve.. Aku sangat suka ke sana.. Apa yang menarik..? Tiada apa yang menarik cuma aku suka persekitaran di sana. Yang pernah pergi pasti tau la.. Kami pun duduk-duduk la di sana menghabiskan masa.Makan Big Apple,kegemaranku.. Solat maghrib di sana.. Lepas solat sambung semula aktiviti duduk-duduk,bersembang, bertukar cerita dan gelak tawa. Seronok...Mana tidak,dengan orang tersayang.. Hari itu genap sebulan kami bersama.. Alhamdulillah..Moga kekal hendaknya...


Monday, June 13, 2011

Hello People...

Salam....


It's been a while since my last entry.Hahaha..I didn't have much time to update my blog.Hmm..Busy working..? I think so,ya...Hahahaha... Busy with other stuff in life..Hahaha..How you guy's doin..Good..? I hope so..Hmm..Let see see,what to blog today..Nothing much,just to update this blog..Hehehe..O.k back to Malay.


Haa...Lame gile tak update blog aku ni..Busy la jugak..Sekarang aku tidak lagi duduk di Menara HLA bekerja di bawah payung Bernas..Aku dah kembali ke sarang aku di Sedang..Bak kata pepatah,bagai sireh pulang ke gagang..Bagai kerbau pulang ke lumpur...Hehehe...Melayu gak aku...Ape yang menarik dalam hidup hidup aku sekarang..?? Hehehe...Mesti la ade...Kalau tak mane nk bukak blog ni..Hahaha...Status aku je Single kat halaman Facebook aku tu,tapi bak tajuk movie tu "I'm Not Single".Hehehe...Sudah berteman sekarang..Kalau keluar ngan member2 tak ganjil lagi bilangannya..Hahahaha...To all the ladies out there,this store is closed..Hahaha...


Nak citer skit pasal 'dia'.Aku kenal die kat Bernas...Hehehe..Orang kata sambil menyelam minum air..Yep, mmg aku minum air,sebab nak amik air kt pantry la aku dok lalu lalang kt area department die nak usha die...
Usha punya usha,timbul keberanian nk add Facebook die..Yang kelakarnye,lps add beberapa lama kemudian aku bleh tanya 'Ni sape ye,add tp tak ingat sape..' Hahaha...Lawak..lawak.. Dah add Facebook tu rajin la chatting..Lepas beberapa kali chatting aku ajak die jumpe.. Die sporting,peramah,friendly.. Lepas dh jumpe aku dpt phone number die maka bermula fasa berbalas sms..Hehehe... Lama kami berbalas sms,keluar pn beberapa kali dan pada tarikh 26 Mei 2011 kami declare...Hehehe..Maka bermula kisah kami..Hehehe...


Orangnye comel je..Bercermin mata macam aku..Aku paling suka mata die..Tinggi tak berapa tinggi,rendah tak rendah sangat..Just nice kata org putih..Nama die?? Ain..Nama penuh..?? Tak payah tau la...Hehehe..Manja orangnye..Suka gelak,aku pulak suka melawak..Memang kene la...Suara die pun halus je,cair aku dengar...hehehe..(Puji lebih ni,nak nasi goreng..)Orang Parit Buntar,tapi kecek utara..Hahaha...Kami baru je di awal2 perhubungan..Tapi yang pasti,aku sangat menyayangi dia..Nak jaga die elok2..Harap2 berkekalan la sampai bila2..Letih dah asyik fail je..Hehehe.. Korang yang baca ni,doa2kan la jodoh kami ye...Amin...


Ape lagi aku nk citer..Haa..Sekarang aku dah kembali ke Serdang..Office asal aku..Selepas menamatkan tugas di Bernas selama 6 bulan..Kalau ikutkan pihak Bernas masih memerlukan aku di sana..Aku pun selesa di sana,dekat dengan rumah..Dekat dgn die...Hehe..Lunch balik rumah tu...JImat...hahahaha... Tapi company aku kekurangan staff,so boss aku tak dapat nak lepaskan aku..Lepas ni ade project pulak di Putrajaya..Aku kene berulang alik dari rumah ke sana pulak..Patah...Hahaha..Dah la naik motor..Pergi kerja naik motor je..Hehehe.. Buat masa ni workload belum banyak sangat la..Tak tau la nanti bile dah start kt Putrajaya nanti macam mana..Dah lama tak berulang ke Serdang sekarang terasa penat plak bile gi keje and balik keje...Hahaha...Selalu 5 minit je smpai Bernas,sekarang 1/2 jam baru aku sampai office aku kt Serdang tu..Adehh..Patah... Tapi takpe,kerja la katakan...


Hmm..Ape lagi nak taip ye..I guess that's it for this time..I'll come back next time..
Peace out..!

Thursday, February 17, 2011

Demam...

Salam...

Today is my day off work.Got some family errand I have to take care.Plus, I catch a fever since yesterday.Hahahaha.. But I feel much better this morning.I hope it stay that way.My uncle is here.He got here on Tuesday at the LCCT.It's good to have him here.It's been a long time since the last time I met him.he will stay here until this Sunday.

Hmm..Semalam lagi aku dah start demam sebenarnya.Dah la demam,sampai je office semalam kena marah.Punya la tak larat,satu pun aku tak argue walaupun ade point of arguement.Tak larat nk bukak mulut.Hahaha..So,senyap je la.Aku buat je la keje aku.Pastu petang ade meeting pulak.Pun kena jugak,walaupun tak teruk or obvious tp still kene hentam dengan lembut dn berhemah.Hahaha...Tapi nak buat macam mana,keje dgn org kan mcm tu la.Hari ni aku off.Ade hal sikit dgn pakcik aku.Dapat la jugak rest untuk recover from demam ni.Tengah hari kang nk keluar pulak.Dah la panas terik,harap2 tak kene demam balik.Aku cuti hari ni,adik aku pun cuti hari.Bukan main lagi,mengalahkan org kerja.Tapi biar la,baru lps ujian katenye.


Minggu depan aku punya dateline.Sempat ke..? Sempat kot,tak banyak dah.Keje mcm aku ni,mmg main dgn dateline la..Kene pandai urus masa.Tapi tu yg aku fail tu.Time management.Hahaha..So,kdg2 keje aku mcm tak terurus.Hahaha..Tapi takpe,nnt aku blajar urus masa.Hehehe..O.k la..Nanti aku menaip lagi.Nak buat benda lain..Chow..

Wednesday, February 9, 2011

Back On..

Hello world..

Assalamualaikum..Dimulakan dengan Bismillah..Haaa..Baru masuk office.Blogging jap baru buat kerja.Nak buat kerja pun idea takde ni.Mcm mana nak buat ni.Dateline makin dekat.Bukan makin dekat,makin drag.Hahaha.Susah jugak buat kerja sorang2 ni.Takde member nak ajak berbincang.Aku ni bukan bijak sangat.Nak tanya pak Google,lagi tak paham aku.Hahahaha..So,pandai2 la nak hidup ye Danil..

Hmm.. Sekarang tengah kecoh dekat Mesir rakyat depa dok protes sana,merusuh sini.Semua sebab nak suruh Presiden Hosni Mubarak berundur.Habis negara porak peranda.Banduan pun berkeliaran lari dari penjara.Harta benda musnah,nyawa terkorban.Yang aku risaukan rakyat kita kat sana,ramai plak tu.Bukan sorang dua.Tapi Alhamdulillah belum ada berita buruk tentang diorang.Dah ramai jugak yang government kita bawak balik Malaysia.Yang masih ada di sana,aku harap diorang selamat.Marilah kita sama doakan keselamatan rakyat kita di sana dan juga keselamatan umat Islam di sana yang tak tau apa2 tu.Amin..Kita berdoa jugak,supaya negara terpelihara dari benda2 buruk mcm tu.Amin.

Sedar tak sedar kereta aku,Cik My tu dah nak masuk setahun dah.Nak kene renew plak roadtax ngan insurance.Waaahh..Banyak pakai duit tu.Dalam tempoh baru nk jejak setahun ni jugak kereta aku tu dah kene hentam dari belakang.Hari kedua tahun 2011.Hahaha.baru balik tengok wayang tu.Bengkok dan patah tayar.Dua minggu tersadai dalam bengkel.






Langgar lari tu.Tapi tak depat kesan owner kereta.So,pakai insurance aku la.Burn NCD aku..huhuhu..Takpe la,redhakan aje.Benda nak jadi kan.Lepas ni kene lebih berhati2.Huhuhu..O.k la.Nanti aku menaip lagi.Chow.

Wednesday, February 2, 2011

Danil's here..

Holla world...

Hahaha..This is my first post for this year and just my third post of my so called blog.Hahaha..It seems,I'm not quite a blogger.It's 2011.This year I'll turn 25.Hmm..That's kinda big number.Haha..If I look back all this years before,it look like I didn't achieve much.I still stuck in this crappy job that doesn't pay much.But still,I'm thankful though.Syukur Alhamdulillah..How about you guys,what have you guys achieve so far.Some of us a gettin married this year.Soem of us were engaged this year.Me..? I got nothin..Hahaha.. To all single ladies out there,this store is still open..Hahahaha...

Ape lagi aku nak cerita ye..Haa.. Aku dapat dua org kawan baru..Nurse..Huhuhu.. Tak pernah terpikir bleh dapat kawan ngan nurse..Comei sehh... Thank's dina..Excited ni kawan ngan nurse...Diorang pun baik2...sweet je..dina kawan aku tu pun baik,sweet..(kene puji skit)Selalu gak hang out dengan diorang..memang sporting..huhu..Aku ade join club kereta tahun lepas.MVYIans..Drive with Pride..Promote skit.. Ni link ke forum kami Myvians.Tapi aku tak aktif sangat..Busy ngan keje and other stuff..Best join club mcm ni,bleh tambah kawan ngan pengetahuan.Ade la aktiviti sosial skit..Kalau tidak org cop anti-sosial plak.Hahahaha..Last aktiviti diorang aku join was trip to Broga Hills..Hills tracking..Mmg terbaik..Menguji fizikal dan mental..First time beb..Haha..

Hmm setakat ni dulu aku menaip..Mood aku tak brape nak baik ari ni..Problem punya masalah..Hahaha..Chow..

p/s : Sebelum terlupa,Happy Chinese New Year kepada yang menyambutnya..Gong Xi Fa Chai..