Thursday, August 25, 2011

Shopping Raya + Berbuka



Salam all..


Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita..So,sudahkah anda memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan ni..
InsyaAllah..Hari ni aku nak citer pasal shopping raya.. Lelaki kurang sinonim dengan shopping raya ni...termasuk la aku..Aku shopping ni mmg setahun sekali...Dan selalunye menjelang hari raya..Hari lain,bulan lain aku x shopping pun..


So,yang menariknya tahun ni aku x lagi shopping sorang2 mcm tahun2 sudah..Sebelum port aku shopping,Times Square..Kasut,baju dan seluar sume aku beli situ..Sebab banyak kedai dan menawarkan macam2 fesyen utk dicuba..Kenapa aku shopping time nk raya je..? Sebab tunggu duit raya dari company aku..hahaha...Tahun ni pn dapat,walau x banyak tapi syukur..Berbalik pada shopping td,kali ni aku shopping bertemankan kekasih hati aku : Nurul Ainol.. Mmg dah lame aku plan nk shopping ngan die..So,hari itu pn tiba...Lepas zohor aku amik die kt umah dan kami berangkat ke The Mines..Tempat favorite aku jugak..Sampai di sana,cari parking dan terus memulakan kembara ke kedai2..Hehe..


Snap gambar buah hati dulu...
Aku beli 2 helai baju and sehelai seluar... Yang best tu kami beli baju yg sedondon..pink color...so sweet...hehehe...Mmg dh lame plan nk beli baju sedondon..Akhirnye tercapai juga..Buah hati aku pn x nk kalah shopping jugak..(Mmg dunia nk kiamat la kalau die x shopping..hahaha..)Die beli 2 helai t-shirt..sehelai yg sedondon ngan aku tu...Hehehe...Dalam sejam gk kami meronda-ronda dlm The Mines tu...Org ramai pn sibuk membeli-belah,mencuba pakaian,kasut...Lepas solat asar(solat jangan tinggal...) kami berangkat ke destinasi seterusnya...That Little Gerai...Hehehe..


Hehehe...Sikit je shopping...Berhemah...
Snap gambar sebelum memulakan kembara..ehehe..


Ni la baju kami yg sedondon itu..Cantik bukan... Hehehe..


Dalam pukul 6 lebih kami sampai di kedai That Little Gerai..Kami nak berbuka di sini..Dah lama plan nk berbuka bersama berdua..Tempat ini dipilih atas saranan kawan aku Dina Riana..Thank's dina..Berbaloi,puas hati makan di sini...Pasti kami akan menjengah lagi..Terletak di Au5 Keramat..Makanan sedap..Harga berpatutan..Western food..Aku cadangkan kalian pergi..Oleh kerana awal sampai di sana,kami pergi la menapak ke bazar ramadhan berdekatan bagi mengisi waktu.. Ade la beli cucur udang...(Aku makan cucur udang,tp jgn bg aku nmpk udang tersebut..hehe..) Sementara menunggu waktu berbuka,apa lagi..Snap gambar la..Buah hati aku ni gile camera,gile bergambar...Hehehe...

Azan berkumandang,kami pn selamat berbuka puasa dengan air bandung dan kurma sumbangan pihak restoran..aku minum air bandung je,buah hati aku makan kurma..Sementara menunggu hidangan utama tiba,bedal cucur udang dulu la...Tak lama makanan sampai..Sedap makanannya..Menu aku Chicken Chopwith Fries...Buah hati aku plak memilih,Chicken Chop with Mash Potatoes..Selesai makan kami berangkat pulang dan singgah di Carrefour dulu..(Huh! Carrefour yg memualkan..nasib baik la ayg aku ajak..) Buah hati aku beli shawl di situ..Selesai semua kami berangkat pulang..Aku hantar die sampai pintu..Ye la, dh malam kan..Hehehe..

Selesai sudah aktiviti kami yg lama kami rancang...First time aku shopping dengan buah hati dan first time jugak aku berbuka puasa berdua dgn buah hati...Harap akan berkekalan dan dapat buat lg tahun depan..InsyaAllah...Jom layan gmbr skit..

Ni menu aku,Chikcen Chop with Fries..
Snap gambar sblm makan...




Aku pnya ni...!!


That Little Gerai..


Buah hati aku..


On The way....
Lokasi bersejarah...Hehehe..


Reserved o.k...

Tuesday, August 16, 2011

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


Assalamualaikum...Sekadar berkongsi..

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku.."

Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

Sunday, August 14, 2011

Puasa,berbuka puasa....

Salam Ramadhan saudara2ku sekalian...
Apa khabar kalian..? Bagus..? Puasa macam mana..? Jangan ada yang tinggal pula ya...Dan jangan lupa,zakat fitrah...Jangan tangguh-tangguh,cepat bayar..

Hmm..Apa ye nak dicoret dalam bulan puasa ni..Hehehe...Takpe la..Kalian baca aja apa yang aku tulis ni ya...Kenapa aku kata menulis dan bukan menaip..? Kerana menulis tak semestinya dengan pena aja...Hehehehe...

Tahun ni aku berpuasa dengan kekasih hati aku...Chewaaahh...Hehehe...Puasa pertama kami berdua..Dalam bulan Ramadhan ni kami tak dating..Sekadar keluar ke bazar Ramadhan mencari juadah sahaja... Aku akan singgah ke rumahnya selepas waktu bekerja dan kami pergi ke bazar Ramadhan berdekatan samada dengan kereta atau dengan motor..Aku pergi kerja naik motor,so kalau mau pergi bazar naik kereta guna kereta dia..Hehehe..Kereta aku,Cik My banyak berehat di bulan Ramadhan ni..Kami ada rencana untuk berbuka puasa berdua,tapi belum jadi lagi..Tapi berbuka bersama sudah dua kali..Hehehe...Tak faham..? Macam ni...

Ada satu hari tu mama dan papa aku ke luar kota kerana ada urusan dari pagi sampai petang..Jadi,khabarnya tidak sempat untuk memasak lauk berbuka..Jadi petang lepas waktu kerja aku terus ambik adik aku di rumah dan bawa ke Jusco untuk berbuka di sana.Di food court Jusco aja.. Aku ajak buah hati aku join skali,ye la rumah die pun dekat aja dengan Jusco tu...Dia pun datang join..aku call mama aku dan dia cakap dia sempat sampai KL untuk berbuka dan terus ke Jusco join kitorang..Buah hatiku aku agak cuak mendengar khabar itu..(Ayg yg ckp kn...tp b nmpk gak..) Elok2 sebelum berbuka mama dan papa aku pn sampai..Dan kami pn berbuka la bersama..Dia order nasi ayam dan aku makan nasi goreng kegemaran aku..Die aku lihat senyap aja,tak banyak bicara...Segan katanya..Tapi tak apa lah..Pertama kali jumpa mama dan papa aku kan..Terlaksana jugak hajat aku nk jumpakan dia dengan orang tua aku..Hehehe.. Mama aku pun menunjukkan tanda2 dia suka dengan buah hati aku ni..Alhamdulillah..

Satu lagi peristiwa..waahh..peristiwa..Syarikat aku buat majlis berbuka puasa bersama client.Semua staff dijemput hadir bersama keluarga bg yang dh berkeluarga..Aku pula dengan selambanya ajak buah hati aku ni...Atas galakan dan sokongan cik admin pejabat aku.Dia datang putrajaya dari KL naik ERL...Die kluar awal dari office die..Pukul 3.30...hahaha..dalam 4.50 camtu dia sampai Putrajaya..Aku amik dia kt Putrajaya Central dan terus bergerak ke Bangi Golf Resort..(Selalu tersasul Bangi Beach Resort..) bebudak office aku semua excited nak tengok awek danil...hahaha..So, aku kenalkan la dengan diorang..Mula2 rasa segan gak,tapi lama2 hilang la segan tu..hehehe..So,itu la kali pertama aku bawak buah hati aku ke majlis syarikat aku..Dia pun happy,makan banyak...hahaha...


Sabtu ni plan nak keluar dengan dia untuk membeli-belah sikit..Sekalian berbuka sama-sama berdua..hehehe..InsyaAllah...

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa guy's...

Salam...

Hi guy's..Hari ni seluruh umat Islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan.Rukun Islam ke-3,berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.Bulan yang dinanti2 oleh seluruh umat Islam.Kalian puasa tak..? Jangan tinggal puasa o.k..Dan di malam harinya,kita tunaikan ibadat sunat Terawih..Sasaran tahun ini,tidak akan tinggal walau sehari pun..

Hari ini 1 Ogos 2011,Isnin - Aku memulakan tugas di tempat baru. Berpengkalan di Perbadanan Putrajaya.Menjalankan tugas yang diberikan.Waahh...Projek baru syarikat aku.Dikhabarkan aku di sini sehingga pertengahan tahun hadapan mengikut perancangan,InsyaAllah.Setakat hari ini aku belum mula apa2 lagi tugas,hanya membelek-belek dokumen dan contoh-contoh kod C#.C#,salah satu bahasa pengaturcaraan yang baru bagi aku.Banyak kena belajar..Belajar benda baru,seronok..Bertambah ilmu aku..Tempat kerja boleh ka nak dikatakan selesa.Ade dalam 12 orang dalam bilik ni..Tak la besar mana..Tapi bangunannya gah dan indah.. Suka permandangan disini..Persekitaran yang indah,segar dan moden.Cuma satu je masalah aku,jauh dari rumah..Dalam sejam perjalanan naik kereta ditambah dengan kesesakan lalulintasnya..Nama pun KL kan...

4 hari ini aku single,sebab kesayangan aku balik kampung...Hehehe...Jangan marah ye sayang... Dia pesan kat aku,jangan nakal-nakal..Tapi aku ni dah memang nakal,tapi bukan jahat ye...Hehehe.. Jangan risau ye sayang,boyfriend kamu ni setia lakunya...Hehehe...Balik la cepat,rindu ni...(Agak mengada-ngada di sini...) Besok die balik,tapi kami dah mungkin kurangkan aktiviti dating pada bulan Ramadhan ini..Menghormati bulan Ramadhan di samping aku nak habiskan masa lebih bersama keluarga.

O.k la..Setakat ini dulu..Lemau petang ni.Maklum lah pertama berpuasa.Selamat berpuasa semua,dan selamat berbuka..