Salam all...
Apa khabar kalian semua. Sentiasa sihat la hendaknya.. Kali ini aku nak menaip menggunakan bahasa Melayu yang betul tata tulis dan tata bahasanya.. Kalian semua sudah makan tengah hari ke belum.. Hehehe.. Korang boleh beza atau tak bahasa Melau asli ngan baku... Ada orang bilang bahasa baku tu lah bahasa Melayu asli.. Bagi aku bukan.. Bagi aku bahasa Melayu asli macam yang kita tengok dalam filem Puteri Gunung Ledang tu..Indah sekali tutur bahasanya.. Hehehe.. Bukan baku kan... Bukan hendak mengatakan pandainya diri cuma mengeluarkan buah fikiran.. Diri ini tidak pandai,belum habis lautan ilmu nak direnangi. Hehehe...
Jadi,apa cerita kita hari ini.. Sekadar mencoret.. Hehehe.. Sudah kembali ke ke pejabat di Serdang... Menjalankan rutin harian sebagai pengaturcara...Haaa... Programmer kata orang Barat.. Tugas pertama aku, membuat 'Use Case' untuk satu projek agensi kerajaan.Tidak lah aku nyatakan di sini ye... Hehehe.. Hmm.. Apa yang aku kerjakan tu benda baru.. Pertama kali aku buat.. Terima kasih kak ila sebab sudi mengajar.. Seminggu siap kerja aku... Alhamdulillah... Lepas dari itu, aku dapat panggilan pula dari atasan aku,Kak Yat.. Dia mengkhabarkan yang sistem pendaftaran salah satu syarikat yang pelanggan kami ada bermasalah.. Jadi aku disuruhnya untuk tengok-tengokkan.. Dah nama pun tugas,aku pun tengok-tengokkan semampu aku.. Tapi masalahnya tak besar mana pun.. Boleh diatasai..Alhamdulillah.. Lepas tu pulak aku diminta untuk hadir ke pejabat mereka untuk mengajar serba sedikit berkenaan sistem tersebut kepada semua pengguna sistem itu di sana yang mana semuanya baru untuk menggunakan sistem itu. Tapi tidak mengapa lah,aku tak berdepan masalah pun nak laksanakan. Selesai berkenaan itu. Lega.. Sekarang aku ditugasan pula membuat penambah baikkan untuk sistem yang ada dalam syarikat aku sendiri..Ya, sedang aku usahakan... Alhamdulillah belum berdepan sebarang masalah lagi setakat ni.. Asyik cerita pasal kerja saja,pasti kalian naik bosan..Tangan tak berhenti menutup mulup menguap..
Haa.. Nak baca kisah cinta...?? Hehehe.. Kisah cinta ke..? Boleh la kalau nak dikhabarkan begitu.. Sekarang aku kan sudah berteman..Jadi jalanku sekarang mesti la berteman. Jalan pn ke mana lah sangat sekadar meluangkan masa bersama.. Hehehe.. Hampir hari-hari kami jumpa.. Sekitar kawasan kediaman kami sahaja... Hehehe... Jadi lah asalkan jumpa..Hehehe... Baru-baru ni aku bawa dia ke tempat mula-mula kami keluar bersama sewaktu berkawan dulu.. Hehehe... Di mana...? The curve.. Aku sangat suka ke sana.. Apa yang menarik..? Tiada apa yang menarik cuma aku suka persekitaran di sana. Yang pernah pergi pasti tau la.. Kami pun duduk-duduk la di sana menghabiskan masa.Makan Big Apple,kegemaranku.. Solat maghrib di sana.. Lepas solat sambung semula aktiviti duduk-duduk,bersembang, bertukar cerita dan gelak tawa. Seronok...Mana tidak,dengan orang tersayang.. Hari itu genap sebulan kami bersama.. Alhamdulillah..Moga kekal hendaknya...